Pengenalan

FABRIKATOR DAN STRUKTUR PEMASANG KELULI

Kursus Fabrikasi Logam merupakan satu program latihan yang memeberikan peluang kepada para lepasan sekolah yang berminat serta mempunyai kecenderungan untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan teknik asas dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan disektor awam maupun swasta sebagai pekerja mahir atau separa mahir selepas menamatkan latihan.



Setelah berjaya melengkapkan latihan dengan jaya, pelajar diharap berkebolehan membuat kerja-kerja berikut :

 i. Pemilihan yang betul dan kecekapan menggunakan alat-alat, kelengkapan dan bahan-bahan untuk kerja kepingan dan
paip.

ii. Memahami cetakan biru dan pembinaan bendakerja daripada lukisan kerja.

iii. Melukis dan melakar lukisan-lukisan mekanikal dengan penumpuan pada hamparan permukaan.

iv. Memateri, meloyang dan mengimpal dengan gas dan mesin kimpalan arka.

v. Mereka bentuk, memasang dan memperbaiki barangan berangka dengan cara mengimpal, memotong, melipat dan
menggulung menggunakan mesin konversional atau CNC.

vi. Memerhati dan mengamalkan segala penjagaan keselamatan yang bersangkutan.



Peluang Pekerjaan


A).Sektor Awam :
Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Juruteknik pelbagai    jabatan, Tukang Kadar pelbagai jabatan


b).Sektor Swasta :
Juruteknik, Operator, Penyelia, Pembantu Jurutera, Usahawan